Monolog Aku

Bertengkar tentang baju raya, kata mereka, baju raya mesti baru, Rasulullah suruh pakai cantik-cantik, wangi-wangi..

Tapi perlu pada hari raya saja ke? dan tidak semestinya mesti baru!

Permasalahannya lagi, berhabis sebab raya, harga pakaian masa tu tengah mahal, tapi harga bukan masalah, sebab nafsu lebih kuat masa itu kan?!

Jangan guna alasan yang agak islamik untuk menutup kesalahan, putar-putar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama aku tidak menulis diruang ini, sebenarnya aku sendiri sudah lupa wujudnya ruang ini, dilupakan oleh daya-daya sistem.

Perkauman adalah satu daripada isu-isu riuh yang tidak pernah reda, ianya umpama satu gula-gula (sedap, peribadi, dan tersembunyi) yang tidak pernah habis dikesip. Umur aku sejak kali akhir aku menulis diruang ini sudah makin meningkat, tapi aku masih lagi bersih dari fahaman politik yang aku tidak faham, sekali lagi, aku harap sesiapa yang membaca pos aku ini tidak langsung menyemat fahaman politik engkau dalam setiap patah yang engkau baca.

Dalam surah Al-Hujurat (ayat 13) :-

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Mendalam PengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu.”

Mungkin ada diantara engkau yang berkata, “eh budak kecik! ko tidak boleh bercakap soal ini, ko belum matang”. Tidak mengapa, itu adalah hak engkau untuk bersuara, dan ini adalah hak aku juga untuk menulis. Pandangan aku sebagai budak kecik.

Kita seringkali dimomokkan dengan bertapa sensitifnya isu perkauman di negara ini, dan bagi aku sebenarnya tidak ada yang sensitif tentang isu ini, yang menjadikan isu ini sensitif adalah pemikiran kita yang dicanai sejak kecil hingga dewasa, selagi isu ini dianggap sensitif, selagi itu masalah tentang perkauman tidak akan selesai, lihat sahaja di negara-negara maju, contoh United States yang mana rakyatnya menerima Barack Obama sebagai presiden mereka, seorang kulit hitam yang suatu ketika dulu merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh rakyat Amerika. Di negara mereka, isu-isu ini dibawa ketengah untuk diperbincangkan dan pentingnya untuk memberitahu rakyat bahawa kita perlu bersatu, ini adalah salah satu proses yang perlu dilalui oleh setiap negara, dan negara Amerika yang telah merdeka sejak dari tahun 1776, beratus tahun dahulu telah melalui proses ini, ini kan kita yang baru 54 tahun merdeka masuk Ogos ini, kita perlu menerima proses ini dalam mencapai negara yang lebih stabil.

Kita dari kecil dimomokkan dengan sensitiviti perkauman. “Orang cina kalau bagi peluang, nanti dipijaknya kepala kita” kata bapa aku kepada aku. “Orang india tak boleh buat baik, pandai putar kata” kata cikgu Ramli, cikgu sekolah aku. Apa bangsa melayu itu mulia sangat kah sehingga kita seperti meletakkan hukuman pada bangsa lain?. Di sekolah juga, kita diajar bangsa-bangsa lain adalah pendatang, benar itu adalah fakta, tetapi dalam pembelajaran tidak pula ditekankan tentang bertapa pentingnya kita membina negara bersama-sama dan menerima bangsa-bangsa lain bersama kita. (tidak ditekankan sama sekali).

Jadi sekarang, apa kata kita buka minda kita, dan bagi yang beragama Islam, engkau mesti faham apa itu takdir. Agak-agak adakah mereka (bangsa selain melayu) rugi ditakdirkan lahir dalam bangsa mereka? adakah Allah itu tidak adil? dan adakah kehendak mereka (bangsa selain melayu) untuk lahir dalam bangsa mereka? semuanya telah ditakdirkan Allah. Kita perlu menerima mereka sama seperti kita menerima diri kita, kerana mereka juga makhluk Allah.

Melayu asal-usulnya dari luar juga, keturunan Nabi Ibrahim yang berhijrah ke asia tenggara, dan jika ada yang perasan tentang wujudnya Gunung Himalaya atau nama lainnya Gunung Melayu, kita tahu yang kita juga bukan lah “dilahirkan” betul-betul di Malaysia, asli penduduk Malaysia. Melayu yang ada pun sekarang ini kebanyakkannya kacukkan bangsa-bangsa lain. Ini membuktikan, bangsa itu bukanlah sesuatu yang ada tingkat-tingkat nya.

Erm, tidak salah bagi yang bangga menjadi melayu, memang melayu ini istimewa, dengan adat dan tatasusila, aku pun bangga menjadi melayu, tetapi tidaklah manis dan tidak melayu jika kita tidak menghormati bangsa lain dan tidak menerima bangsa lain seadanya. Melayu ini bukan itu sikapnya, melayu banyak dipengaruhi ajaran agama Islam, jadi Islam tidak pernah mengajar kita untuk berbangga-bangga yang keterlaluan dengan bangsa kita, perkara yang berlebih-lebihan @ keterlaluan ditegah dalam Islam, aku rasa kita tahu itu.

Apa yang aku harapkan, kita semua dapat hidup aman damai dan bekerjasama antara satu sama lain dengan hati yang suci dan bersih. Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan, tentunya kerana manusia itu tidak maksum. Tidak kira apa bangsa sekali pun ianya tetap sama, jadi janganlah kita merendah-rendah atau bersyak wasangka sesama kita.

nota kaki:- melayu pun banyak makan melayu.. kadang-kadang bangsa lain datang memberi bantuan dari sesama bangsa kita sendiri, bangsa ini cuma ada masa hidup aje, mati nanti bukan bangsa yang ditanya.. :D~

Monolog Aku

Aku duduk termenung, sambil membaca akhbar ditalian, kemudian bersahur dengan kawan-kawan, kekelas dengan kawan-kawan, dan aku terfikirkan ini.

Berfikir diluar kotak menggalakkan kita lari dari kebiasaan berfikir. Kenapa perlu kongkong pemikiran? kesian dia duk terkurung. Sistem direka untuk dituruti tapi kalau sistem tu tak betul? kena turut juga? Kayu ukuran betul atau tidak pada apa? pada ajaran agama kitalah!

Masa kecik, bila kene pukul dengan mak, kita anggap itu masalah terbesar kita, bila remaja, putus cinta, kita anggap itu masalah terbesar kita, bila dewasa, apa pulak? jadi masalah yang kita hadapi sekarang bukanlah besar mana pun kan? cuba berfikir …sesuatu yang positif pasti kita dpt menyelesaikan masalah tu.. hidup ni ibarat satu perjalanan yang kita tak tau dimana penamatnya.. jadikan situa sebagai idola.

Salam Ramadhan untuk semua.

ISA (Internal Security Act)

Jangan kongkong pemikiran engkau.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Isu yang juga hangat diperkatakan semenjak dua menjak ini. Diharap engkau yang membaca penulisan aku ini, tidak berfikir bersama-sama dengan fahaman politik masing-masing, cuba baca dengan pemikiran yang terbuka, kerana aku tidak langsung menulis atas fahaman politik yang sememangnya aku tidak faham.

Apa itu ISA?

Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.

Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.

Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.

Melalui ISA, pesalah boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan atas sebab disyaki mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sekaligus membolehkan penahanan terus dibuat tanpa perbicaraan. Kemudian, pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula akta ISA ini kepada beberapa perkara teknikal sahaja.

Jika kita lihat ISA ini merupakan satu akta yang memberi kuasa kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan ianya telah menghapuskan kebolehan mahkamah. Kenapa akta sebegini wujud? kerana bagi menangkap komunis kononnya pada 1948 yang menggugat keamanan negara. Dan komunis pada waktu itu bersenjata. ( Aku tak berapa bersetuju tentang penahanan beberapa tokoh politik berhaluan kiri pada waktu itu, isu ini mungkin dibincangkan dilain waktu ).

Pada 1 Ogos 2009, kita telah sedia maklum dengan perhimpunan 2 kumpulan, kumpulan yang menyokong ISA dan kumpulan yang menentang ISA. Tujuan perhimpunan itu dilakukan adalah untuk menghantar petisyen masing-masing, dan hasilnya tiada satu pun daripada 2 petisyen itu langsung berjaya dihantar akibat dari perhimpunan yang bertukar menjadi semakin liar. Dan 589 orang telah ditahan.

ISA sebenarnya bagi aku adalah perlu jika ianya dijalankan dengan cara yang betul. Tidak ada salah guna kuasa. Yang menjadi masalah, apabila kuasa itu disalahgunakan bagi menahan orang-orang yang cuba bersuara, tidakkah itu melanggar dasar demokrasi?, dan yang paling kerap kita lihat ditahan dibawah ISA adalah ahli-ahli politik dan orang-orang yang bercerita tentang perkara negatif kerajaan. Bagi aku ISA dewasa ini perlu diperkemaskan dengan hanya digunakan pada kumpulan-kumpulan yang benar2 mengancam negara, aku maksudkan kumpulan yang benar-benar mengancam negara seperti pengganas yang bersenjata mampu mengambil kemerdekaan negara. Mereka-mereka yang hanya menulis/berpolitik tidaklah sebahaya itu, dan mereka layak mendapat hak pembelaan di mahkamah, dan bagi aku kuasa mahkamah perlu dipertingkatkan, dan mahkamah layak menjadi satu badan yang bebas. Aku ada bertanya pada seorang peguam, “Apa pendapat encik tentang ketelusan undang-undang diMalaysia?”, katanya “Semuanya politik”.

Kalau kita lihat undang-undang ini memang ada baiknya dan perlu, contoh mudah.. “Dilarang Membuang Sampah”, tetapi ianya menjadi tidak baik apabila orang biasa yang membuang sampah didenda tetapi apabila penguatkuasa/ahli keluarga penguatkuasa yang membuang sampah, ianya masih boleh dipertimbangkan untuk didenda atau tidak, dan ada masanya denda itu boleh diabaikan jika disogok dengan beberapa ringgit, alah.. macam dalam cerita 3 Abdul arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, ketika Sadiq Segaraga menghadiri majlis hari lahir Ismit Ulam Raja. Apa yang aku cuba tegaskan disini adalah cara perlaksanaan itu. Tidak ada kompromi dan telus

Jadi kesimpulannya, perlu ada ISA jika ianya sememangnya untuk menjaga keamanan negara, dan ianya dilakukan dengan cara yang betul, maksud aku ianya untuk contoh.. pengebom berani mati/pengganas bersenjata/ pembunuh bersiri, bukan orang-orang yang mahu bersuara, demokrasi katanya adalah hak kebebasan bersuara rakyat, jika suara itu mempunyai unsur-unsur hasutan, apa salahnya? kerana itu adalah salah satu hak sebagai rakyat untuk bersuara dan memberikan pendapat, ingatlah rakyat yang memilih pemimpin, jadi suara rakyat adalah penting, adakah dengan hasutan itu negara akan musnah? bodoh sangatkan rakyat untuk berfikir?  semasa pilihan raya, semua ahli-ahli politik sibuk juga menghasut.

Aku berharap sangat supaya negara kita ini lebih telus, dan aku juga berharap supaya ISA tidak disalahgunakan, apa yang aku boleh lakukan sekarang adalah berdoa dan berkongsi pendapat aku dengan engkau semua, supaya kita bersama-sama dapat berdoa dan melakukan apa-apa yang terdaya bagi membetulkan keadaan. Jika terdapat sebarang pandangan lain, aku harap dapat dikongsikan bersama dan kita dapat bertukar-tukar pendapat hendaknya. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Nota Kaki :- Negara maju diluar sana selalu bertukar-tukar pemimpin, contoh mudah US. Rakyat sangat berkuasa dalam menentukan pemimpin mereka, suara mereka adalah penting.

suara-pjuang-bahasa2

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik  Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI)

Cadangan : Sila buka minda anda, berfikir secara jujur.

Assalamualaikum, aku sekarang baru berusia 22 tahun, hidup di Malaysia terasa macam-macam cabaran. Bila usia semakin meningkat,  semakin banyak isu yang timbul, dan isu yang agak lama di bualkan adalah isu PPSMI, aku baru berusia 22 tahun, belum kenal erti politik, jadi aku tidak akan berbicara tentang isu PPSMI ini dari sudut politik kerana sudah pasti dipihak kerajaan, PPSMI adalah bagus, dan dipihak pembangkang PPSMI adalah tidak bagus. Tapi bagi aku, seorang yang baru 22 tahun hidup, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena, aku merasakan tindakan mewujudkan PPSMI adalah satu mainan politik menteri pada waktu itu, biasanya menteri yang baru sahaja memegang sesuatu kementerian itu akan membuat suatu pembaharuan, lihat saja pada logo RTM, hahaha.. jadi tanpa memeriksa dan berfikir panjang mereka secara tidak sengaja (mungkin) telah mencadangkan dan meluluskan PPSMI.

PPSMI, bagi aku, satu kesilapan besar telah dilakukan dimana penjuangan yang telah dilakukan di era 80-an dan 90-an dikhianati, pejuangan “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita”, kempen kerajaan dan dendangan lagu yang telah dimainkan ligat waktu itu, meniup api patriotisme rakyat Malaysia. Jika kita lihat, mengapa PPSMI ini diambil berat lebih dari kualiti pembelajaran? apa yang penting sangat mengajar dan belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris? Alasan yang selalu di dengar, ” Untuk memantapkan bahasa inggeris dikalangan rakyat Malaysia, iaitu bahasa antarabangsa dunia”, apa tidak mantapkah bahasa inggeris Dato A.Samad Said? Pak Sako? Za’ba? Usman Awang? dan pejuang-pejuang bahasa Malaysia yang lain? Aku. Pelajar yang merasa belajar Matematik dan Sains di sekolah rendah dalam Bahasa Malaysia,  aku lebih mudah memahami dan mudah untuk bertanya dalam bahasa ibunda, dan apabila menyambungkan pelajaran di peringkat tinggi IPT, aku diperkenalkan dalam Bahasa Inggeris untuk subjek Matematik (Mathematics). Dan memang lumrah bagi setiap mengenal benda baru sedikit kekok, tapi bagi pelajar IPT yang sudah bijak berfikir(baligh juga), mudah untuk kami mempelajarinya. Bagi anak-anak kecil di sekolah rendah, apa yang perlu adalah memahami konsep subjek yang dipelajari dengan baik terlebih dahulu. Kita ajar dia sampai dia bijak Matematik dan Sains, dan jika dia kelihatan minat dalam bidang Kedoktoran atau yang bersangkut paut dengan subjek Matematik dan Sains, dia akan mudah mempelajarinya dalam Bahasa Inggeris di peringkat tinggi nanti.

Bahasa Malaysia adalah bahasa yang berkembang, bahasa yang kita gunakan sekarang tidak sepenuhnya bahasa yang nenek moyang kita gunakan. Jadi biarkan ianya terus berkembang, mengikut peredaran masa. Menggunakan Bahasa Malaysia dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains telah menjadikan Bahasa Malaysia mengalami evolusi menjadi bahasa teknologi, disinilah bahasa kita berkembang.

Melihat kepada isu PPSMI ini kita telah terlepas pandang isu pembatalan undang-undang dimana pelajar yang tidak lulus SRP (PMR) dibenarkan menyambung pelajaran ke tingkatan 4, agaknya mengapa sebelum ianya dibatalkan, ianya telah dicadangkan?

Tahukah anda dinegara luar (negara maju), pelajar-pelajar dibenarkan membuat keputusan sendiri, subjek apa yang perlu ambil untuk mencapai cita-cita mereka.

Aku merasakan cadangan pelajar yang gagal SRP tidak dibenarkan menyambungkan pelajaran dan digalakan ke bahagian kemahiran kerana, pelajar tersebut mungkin tidak sesuai untuk meneruskan pelajaran, kita perlu ingat tidak semua manusia dijadikan dengan minat yang sama, dan di bahagian kemahiran (vokasional), pelajar itu bukanlah tiada masa depan, jika dia melakukan dengan baik di peringkat vokasional, dia dapat melanjutkan pelajaran di IPT sama seperti pelajar yang menyambung pelajaran di tingkatan 4, disini kita telah menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti dari segi kemahiran dan sains(contoh). Dan tidakkah kita lihat sistem pelajaran seperti ini menghasilkan pelajar yang berkualiti?

nota tepi :- Pelajar yang tidak mahu menyambung dalam bidang kemahiran jika gagal SRP, boleh mengambil semula peperiksaan SRP dengan mengulang kembali pelajaran. (ketika itu)

Berbalik pada topik kita, PPSMI, adakah mungkin ini kesilapan yang tidak mahu diakui oleh pihak kerajaan/kementerian? Jangan ambil ini sebagai satu propaganda politik, tapi berfikir sebagai rakyat yang bijak. Kita mahukan kualiti. “Belajarlah kamu sampai ke negeri China”. Tuntut ilmu adalah diharuskan didalam Islam, jika kita mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sebagai tujuan memperkasakan bahasa antarabangsa, adalah satu alasan yang tidak munasabah. Kerana itu boleh diajar dalam subjek yang sedia ada iaitu Bahasa Inggeris, kuatkan modul pengajaran, supaya pelajar dapat memperkasakan bahasa itu, mengapa Bahasa Malaysia yang perlu diketepikan?

Banyak lagi sebenarnya yang ada didalam negara kita yang kita belum habis belajar. Songket, permainan tradisional, kehidupan nelayan/petani, bahasa-bahasa kaum lain di Malaysia, tahu sudah? kita kena sayangi negara kita.  Patriotisme tu perlu ada dalam diri setiap pemimpin, kalau nak yang dipimpin itu sayangkan negara. Lihat Jepun dan negara lain, mereka bangga dengan negara mereka, bahasa mereka.

nota tepi :- Aku menulis ini mengikut perasaan aku, dan apa yang aku fikir selama aku membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dan pejuang bahasa, dan apa yang aku baca di portal rasmi Kementerian Pelajaran, aku juga menulis ini tanpa menstruktur dulu diatas kertas, hanya menaip terus dari otak ke blog, dengan gangguan-gangguan sekeliling, mungkin ada bahagian yang engkau tidak faham, harap dapat dinyatakan, supaya aku boleh menerangkan lagi. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Monolog Aku

Seronok beraya bersama keluarga, tapi aku pelik, kenapa ianya tak semeriah raya puasa?
seronok kalau dapat merasa suasana beraya kurban di Kelantan.. Kenapa agaknya?

Terngiang lagi khutbah kat kampung aku, Perak.
kata khatib ” Pembangunan tanpa berpandukan ajaran agama, ibarat jasad tanpa roh”.
Iya. Bangunan tinggi-tinggi, tapi iman rendah-rendah.

Salam Aidil Adha.

Assalamualaikum,

Jom! bawa minda kita maju setapak, negara kita maju terlalu awal dan tidak terancang dengan baik, kenapa aku cakap macam ni? sebab aku lihat banyak perkara yang berlaku di Tanah Melayu atau lebih dikenali dengan nama Malaysia ini tidak padan dengan kemajuan yang sedia ada, kalau kita lihat bandar Kuala Lumpur, dengan jalan berlopak sini-sana, adab rakyat jelata yang suka membuang sampah sini dan sana, pembakaran sampah secara terbuka, sikap muda-mudi yang masih dibawah tanggungan ibubapa, kedai-kedai pendatang di merata tempat, petempatan pendatang di merata tempat, kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan, dan lain-lain lagi yang aku malas nak taip.

Kalau dilihat pada infrastruktur bangunan yang dulu tertinggi didunia milik kita, kita memang setanding dengan negara maju, tetapi kenapa minda rakyat Tanah Melayu tidak setanding dengan rakyat dinegara maju? Tapi jangan risau, salah kita juga kerana maju terlalu laju, sebab minda kita tidak mampu mengejar.

Tujuan aku menulis perkara ini tiada sebab lain melainkan untuk membawa minda Tanah Melayu juga dikenali Malaysia ke satu tahap baru, satu tahap dimana kita lebih menilai kehidupan kita dengan lebih bertemadun dan lebih baik juga jika kita berpandukan kitab dan sunnah.

Juga menarik untuk dikongsikan bersama, jika kita lihat pergerakkan persatuan-persatuan diluar negara ketika sesuatu yang menyentuh perjuangan persatuan mereka, maksud aku persatuan-persatuan seperti pencinta alam/keamanan dan lain-lain, mereka bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan perjuangan mereka, dan bagi aku itu lebih beerti dari berjuang keatas sesuatu yang tidak berfaedah.

Owh molek kalau aku pertontonkan video yang membuka sebesar 1 sentimeter minda kita,

Penipuan “Ustaz Arif” bahagian 1

Penipuan “Ustaz Arif” bahagian 2

Kesimpulannya, setakat mana kita berfikir tentang kehidupan kita atau sekiling kita, dan dibandingkan dengan orang korea/orang asing dari kehidupan dan sekeliling kita.

Puasa tapi tak sembahyang,

Puasa tapi tak tutup aurat,

Puasa tapi mengumpat,

Puasa tapi bersentuhan bukan muhrim,

Puasa tapi mencuri,

Puasa tapi bual kosong,

Puasa tapi tengok porno,

Puasa tapi fitnah,

Puasa tapi malas,

Puasa tapi degil,

Puasa tapi marah,

Puasa tapi gelojoh,

Puasa tapi putus asa,

Puasa tapi mencarut,

Puasa tapi ? ?

Monolog Aku

Sedang dia didalam tanah entah apa keadaannya, TV3 Jom Heboh 6 April 2008 kononnya memperingati Allahyarham, ligat “memutarkan” lagu-lagu ciptaannya yang pernah meletup suatu masa dahulu.. hahaha!! kelakar bukan? kesian loloq, yang dia harapkan sedekah Al-Fatihah dari kita, bukan nyanyian-nyanyian itu, semua ini bohong! TV3 bukannya betul-betul memperingati Allahyarham, tetapi lebih kepada keuntungan mereka sendiri, BULL SHIT semua ini.. SUCK! kita dah semakin jauh kawan, jauh dari-Nya. Berfikiran cetek.. argh… persetankan mereka..

Lelaki melayu 😀 ~ haha.. gagahke? kalau gagah kenapa perempuan melayu semakin lemah? atau engkau rasa bukan tanggungjawab engkau? ketahuilah, wajib bagi lelaki untuk memimpin wanita, atau dengan engkau-engkau sekali diheret ke neraka.. ” asal plak? ” , ” pahal plak? “.. Jangan jadi dayus la..

Golongan Lelaki yg Akan Ditarik masuk Ke dalam Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita.

Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu.

Mereka ialah:

1.Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia.

Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat.

Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal

keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka

jahannam.)

2.Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya.

Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram.

Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal

keadaan isteri tercintamu sekarang?.Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg
kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3.Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya.

Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas…
kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4.Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam.

bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya.. .

maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabk an di akhirat kelak….dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu….
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu
juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa…
selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika

tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat.

Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,

jin dan batu-batu…”

April 2024
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kategori

Blog Stats

  • 1,824 hits

Faham?

" Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Allah dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah " - Muhammad Bin Shalih Al-Munajjid.

" Apa yang ada dihadapan kita dan apa yang ada dibelakang kita hanyalah perkara-perkara kecil jika dibandingkan dengan apa yang ada dalam diri kita " - Oliver Wendell Holmes.

Laman